5 Jenama Terkenal yang Sebenarnya Buatan Malaysia
Ramai yang mengetahui jenama terkenal ini tetapi ramai juga tidak tahu sebenarnya jenama ini adalah buatan Malaysia
Mungkin ramai yang tidak tahu yang Malaysia juga mempunyai jenama terkenal yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa. Walaupun mutu kualitinya tinggi, harga jenama-jenama tersebut tidaklah semahal jenama antarabangsa. Rakyat-rakyat Malaysia masih mampu untuk membeli produk tersebut dan menikmati kualiti produk setanding produk antarabangsa. Mesti ada yang pernah membelinya tanpa mengetahui sebenarnya produk itu adalah jenama Malaysia.
1. Lewré
Mungkin sukar untuk mengagak bahawa Lewré adalah sebenarnya jenama Malaysia. Datuk Lewre Lew memperkenalkannya pada tahun 1997, dan sejak itu ia telah menjadi pilihan jenama untuk selebriti dan ahli kerabat diraja. Sekarang, rekaan-rekaannya telah tersebar ke seluruh dunia. Menariknya juga, pereka kasut terkenal Malaysia, Jimmy Choo, adalah mentor kepada Lewre!
2. San Francisco Coffee
Pada tahun 1997, seorang lelaki warga Amerika memutuskan untuk membuka sebuah kafe di Malaysia dan menamainya San Francisco Coffee. Kafe ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Abdul Rahim Zin.
Pengurus Pemasaran mereka, Nik Azwaa, memberitahu CILISOS bahawa cawangan San Francisco Coffee sekarang telah berkembang dengan membuka lebih dari 33 cawangan di Lembah Klang.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/5-jenama-terkenal-yang-sebenarnya-buatan-malaysia/