DBKL Baik Pulih Rumah Flat Loke Yew, Penduduk Luah Rasa Lega
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja pemulihan dinding di sebuah unit rumah di Perumahan Awam Loke Yew, di sini, yang telah tercabut akibat ribut jumaat yang lalu.
Menurut kenyataan DBKL hari ini, mereka telah mengambil tindakan segera dengan menutup dan memagari kawasan sisa runtuhan dinding menggunakan pita zebra untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di tapak tersebut.
Pasang Dinding Sementara
DBKL juga memasang dinding sementara di unit yang terlibat sebelum menjalankan kerja pemulihan dinding kekal dalam masa terdekat.
Menurut DBKL, terdapat empat unit rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor yang terlibat dengan insiden tercabutnya bumbung blok dan tindakan segera telah diambil dengan memagari kawasan sisa runtuhan menggunakan hazard tape bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Mereka menjelaskan bahawa kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di atas bumbung unit yang terlibat sebelum menjalankan kerja pemulihan bumbung kekal dalam masa terdekat.
Bekalan elektrik di unit yang terlibat dengan bencana ribut juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan semua pihak.
Menurut mereka, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi penduduk terjejas tidak dibuka buat masa ini susulan semua penghuni yang terlibat juga telah pun berpindah ke rumah keluarga yang terletak di kawasan berhampiran.
Seorang penyewa sebuah unit rumah di tingkat 12 Blok 28 Perumahan Awam Loke Yew, di sini, merasa lega apabila dinding bilik yang tercabut akibat ribut telah dibaiki.
Bersetuju Untuk Gantikan Dinding Bahar
DBKL tidak hanya membaiki dinding bilik yang tercabut di Perumahan Awam Loke Yew, tetapi juga bersetuju untuk menggantikan dinding di bilik kedua rumah yang terjejas tersebut.
Nazri Nasir, 55, penghuni rumah tersebut, berkata bahawa kerja pemulihan dinding bilik telah dilakukan oleh DBKL sejak awal pagi semalam.
Kuala Lumpur telah dilanda hujan lebat dan ribut pada malam jumaat yang lalu dan beberapa kejadian pokok tumbang telah dilaporkan di ibu kota.
Angin yang kuat telah menyebabkan dinding bilik tercabut dan beberapa barang lain terbang termasuk rak dan beg pakaian dari tingkat 12, Perumahan Awam Loke Yew.
Banyak Tempat Dilanda Ribut di Kuala Lumpur
Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih, serta Flat Danau Kota merupakan antara kawasan yang terjejas akibat bencana ribut terbabit.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan bahawa dinding sebuah unit di Loke Yew dan bumbung empat unit Perumahan Awam Seri Johor tercabut akibat kejadian ini.
Kerja pembaikan sementara telah dilakukan sebelum menjalankan pemulihan penuh dalam masa terdekat.
Baca lagi |https://themalaysiapost.com/dbkl-baik-pulih-rumah-flat-loke-yew-penduduk-luah-rasa-lega/