FIFA Memberi Kelulusan Penggunaan VAR dalam Liga Malaysia

Malaysia Post
1 min readMay 2, 2024

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk S Sivasundaram mengesahkan FIFA meluluskan pengggunaan VAR dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 bakal menyaksikan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila ia secara rasmi sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Isnin lepas.

Pengiktirafan FIFA: Langkah Ke Arah Kemajuan Bola Sepak Malaysia

Langkah ini disambut dengan baik oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, yang menyifatkan ia sebagai pencapaian yang membanggakan bagi Malaysia. Beliau menegaskan bahawa Malaysia kini berada di antara 68 negara yang diberi kelulusan FIFA untuk menggunakan VAR. Proses pengiktirafan ini melibatkan penilaian dan ujian terhadap tahap kemahiran pengadil serta keberkesanan teknologi VAR di Malaysia oleh delegasi FIFA yang diketuai oleh Bhaveshan Moorghan dan tenaga pengajar VAR FIFA, Igor Rodajcic, pada bulan sebelumnya.

Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/fifa-memberi-kelulusan-penggunaan-var-dalam-liga-malaysia/

--

--

Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com