Gelombang Haba: Lebih 1,500 Orang Dirawat dalam Tempoh Sehari

Malaysia Post
1 min readJun 26, 2024

--

Gelombang haba yang melanda Karachi menyebabkan lebih 1,500 orang terpaksa menerima rawatan dalam tempoh sehari apabila suhu panas mencecah 47 darjah Celsius.

KARACHI — Ribuan penduduk Karachi terpaksa menerima rawatan di beberapa hospital akibat strok haba yang berpunca daripada cuaca panas ekstrem yang melanda seluruh Pakistan, menurut laporan akhbar Arab News. Kejadian ini telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pegawai kesihatan yang terpaksa menangani situasi kecemasan tersebut.

Suhu Mencecah 47 Darjah Celsius di Karachi, Pakistan

Suhu panas melampau di Karachi, bandar terbesar di wilayah Sindh, telah mencecah 47 darjah Celsius. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa kes kematian juga telah dilaporkan, namun jumlah kematian berkaitan strok haba masih belum diketahui.

Gelombang Haba di Karachi, Pakistan Dijangka Reda

Menurut peramal cuaca, gelombang haba yang bermula pada bulan Mei dijangka reda pada minggu depan. Walaubagaimanapun, gelombang haba selama beberapa hari yang lalu telah mengorbankan puluhan penduduk di Karachi. Ketua Yayasan Edhi, Faisal Edhi, yang menjalankan perkhidmatan ambulans terbesar di negara itu, menyatakan bahawa mereka menerima berpuluh-puluh mayat mangsa strok haba di Karachi kelmarin.

Baca artikel penuh | https://themalaysiapost.com/gelombang-haba-lebih-1500-orang-dirawat-dalam-tempoh-sehari/

--

--

Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com