Kementerian Perpaduan Negara: Geran bernilai RM5.3 juta diserahkan kepada 92 rumah ibadat bukan Islam

Malaysia Post
Jul 7, 2022

--

Kementerian Perpaduan Negara menyerahkan geran berjumlah RM5.3 juta kepada wakil 92 rumah ibadat bukan Islam semalam.

Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata bantuan kewangan itu bagi membantu pihak pengurusan meningkatkan ciri keselamatan di rumah ibadat masing-masing bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

Tujuan utama peruntukan ini adalah untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan kecemasan yang meliputi tiga skop utama iaitu kerja sivil, elektrik dan mekanikal, tambahnya.

“Pemberian khas ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk membantu pengurusan membaiki dan menyelenggara rumah ibadat supaya berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.

Ia turut merangkumi pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat. ― Bernama

--

--

Malaysia Post
Malaysia Post

Written by Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com

No responses yet