Khairy salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia

Malaysia Post
2 min readMay 24, 2022

--

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Video pengumuman itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan kepada media tempatan malam ini.

Sementara itu, Penasihat Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam tweetnya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Beliau akan mewakili wilayah Pasifik Barat. Wilayah ini terdiri daripada 37 negara dan mewakili lebih satu perempat daripada penduduk dunia,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan semua bakal jemaah haji muda berumur 12 hingga bawah 18 tahun menerima dos booster vaksin Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syarat ditetapkan KKM untuk jemaah haji remaja mengambil dos penggalak Covid-19 adalah luput sekurang-kurangnya lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin itu.

“Bagi remaja yang telah melengkapkan dos utama dan didapati dijangkiti Covid-19, mereka hanya layak menerima dos penggalak apabila mereka telah pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata memandangkan jemaah haji juga perlu mengambil vaksin lain seperti meningokokal, influenza atau pneumokokal, dos penggalak vaksin Covid-19 boleh diberikan dalam tempoh dua minggu sebelum dan selepas vaksin diberikan.

Beliau berkata, jemaah haji boleh mendapatkan dos booster dengan pergi terus (walk-in) tanpa temujanji di Pusat Vaksinasi (PPV) yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti surat tawaran menunaikan haji.

Menurut Khairy, KKM sebelum ini menasihatkan semua bakal jemaah berumur 60 tahun ke atas serta jemaah berumur 18 hingga 59 tahun yang berisiko klinikal dijangkiti penyakit teruk supaya mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Beliau berkata langkah itu bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji di Tanah Suci, dengan mengambil kira perhimpunan besar pengembara dari seluruh dunia.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas dan juga mengesyorkan dos penggalak bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di tempat sesak dan pengangkutan awam di negara ini.

--

--

Malaysia Post
Malaysia Post

Written by Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com

No responses yet