Nurul Izzah meraih emas ujian masa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia

Malaysia Post
Jun 20, 2022

--

Pelumba basikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memenangi pingat emas acara 500m ujian masa wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia semalam.

Nurul Izzah, 19, merangkul kejuaraan selepas mencatat masa 35.499 saat di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi di New Delhi, India.

Kim Bomi (36.374s) dari Korea Selatan dan Mayuri Dhanaraj dari negara tuan rumah (36.481s) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan di www.atcc2022.com.

Sementara itu, atlet Olimpik Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih perak dalam acara keirin lelaki, manakala rakan senegara Muhammad Fadhil Mohd Zonis hanya berjaya menduduki tempat ketujuh dalam kalangan 12 pelumba.

Kohei Terasaki dari Jepun meraih emas, manakala Sergey Ponomaryov dari Kazakstan menggondol gangsa. — Bernama

--

--

Malaysia Post
Malaysia Post

Written by Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com

No responses yet