Ops Patuh berakhir apabila Malaysia memasuki fasa endemik

Malaysia Post
1 min readJun 29, 2022

--

Penguatkuasaan besar-besaran Ops Patuh, yang dilaksanakan bagi membendung ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di peringkat nasional, ditamatkan pada 25 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini kerana negara telah memasuki fasa peralihan kepada endemik.

Beliau menambah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ditubuhkan bagi menggerakkan Op Patuh, yang dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Jawatankuasa yang diterajui kementerian itu melibatkan 32 kementerian, jabatan dan agensi, menguatkuasakan arahan dan undang-undang di lapangan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sepanjang Op Patuh sehingga 25 Jun ini, sebanyak 5.55 juta pemeriksaan telah dijalankan. Daripada jumlah itu, sebanyak 13,143 kompaun dikeluarkan dan 6,383 premis diarah tutup,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Jawatankuasa itu hari ini.

Hamzah berkata kerajaan juga telah memutuskan untuk menamatkan pelantikan pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pada 30 Jun ini.

“Memandangkan negara memasuki fasa peralihan kepada endemik, polis akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam penguatkuasaan SOP dan peralihan kepada protokol endemik di bawah Akta Polis 1967,” tambahnya. — Bernama

--

--

Malaysia Post
Malaysia Post

Written by Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com

No responses yet