PAS, BERSATU Dan UMNO Tandatangan Proklamasi Orang Melayu
Proklamasi Orang Melayu yang merupakan agenda penyatuan orang Melayu merentasi parti yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah berjaya mendapat sokongan daripada pemimpin dari parti PAS, BERSATU dan UMNO.
Proklamasi Orang Melayu 2023 itu menyasarkan sebanyak 1 juta tandatangan akan dikumpulkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada bulan Julai ini.
Datuk Marzuki Yahya, Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu memberitahu bahawa pihaknya sangat berpuashati dengan jumlah kutipan tandatangan dan menjangkakan akan berjaya mendapatkan tandatangan lebih ramai pemimpin Melayu bagi menyokong usaha menyatupadukan bangsa Melayu itu.
Menurutnya, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas telah pun datang bersama beberapa pemimpin parti untuk hadir menandatangani Proklamasi Orang Melayu sebagai satu sokongan kepada usaha itu.
Sepatutnya Ditandatangan Pada 19 Mac, Namun Gagal
Hadir bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang adalah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan juga Mohd Syahir Che Sulaiman yang merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat.
Datuk Marzuki Yahya memberitahu bahawa perjanjian itu sepatutnya ditandatangani pada 19 Mac yang lalu, iaitu ketika Proklamasi Orang Melayu diadakan.
Namun, oleh sebab terdapat ‘campur tangan’ dari pihak kerajaan, program itu terpaksa dibatalkan. Oleh itu, malam tadi sempena menyambut kedatangan Aidilfitri maka pertemuan tersebut terus diadakan dan proklamasi ditandatangani.
Baca lagi | https://themalaysiapost.com/pas-bersatu-dan-umno-tandatangan-proklamasi-orang-melayu/