Peter Anthony keluar dari Warisan tidak mengejutkan kata Shafie
Datuk Peter Anthony’s departure from Parti Warisan Sabah (Warisan) was expected given his court cases, said party president Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau berkata bekas naib presiden itu telah menyuarakan hasratnya untuk berbuat demikian beberapa kali sejak didakwa di mahkamah, tetapi beliau bagaimanapun sedih Peter dan seorang lagi wakil rakyat meninggalkan parti.
“Saya bersimpati kerana dia (Peter) sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.
“Tindakan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim juga malang kerana terpengaruh dengan Peter menyebabkan beliau tergesa-gesa mengambil keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafie juga berkata Peter, ADUN Melalap yang mengumumkan akan menubuhkan sebuah lagi parti berbilang kaum dengan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hanya akan memecahbelahkan lagi rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman.
“Dalam sidang media, Peter berkata sesebuah negeri itu perlu ditadbir oleh parti politik tempatan mengikut negeri masing-masing.
“Bagaimanapun, ini bercanggah dengan tindakan beliau menyertai GRS yang terdiri daripada parti nasional dan parti tempatan,” katanya.
Shafie juga menafikan dakwaan Peter bahawa Warisan telah tersasar jauh daripada perjuangan asal apabila ia berkembang ke Semenanjung Malaysia.
“Sejak penubuhannya, Warisan lantang memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sehingga pindaan Perlembagaan baru-baru ini untuk mengembalikan statusnya sebagai sekutu Semenanjung.
“Alasan keluar parti kerana Warisan tersasar daripada perjuangan asal hanya kerana melebarkan sayap ke Semenanjung, adalah tidak benar.
“Ini kerana pada mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (2020) pada 12 Disember lalu, semua ahli majlis tertinggi dan ahli parti menyokong penuh langkah itu pada perhimpunan itu.
“Keputusan untuk memperluaskan Warisan ke Semenanjung adalah langkah untuk menawarkan satu lagi pilihan kepada semua pengundi di Malaysia,” katanya.
Semalam, Peter dan Juil mengumumkan keputusan mereka untuk keluar parti, berkata mereka akan menubuhkan parti baharu yang menyokong GRS, yang diketuai oleh Perikatan Nasional.
Pada pilihan raya negeri tahun lalu, Warisan dan Pakatan Harapan hanya memenangi 32 kerusi berbanding GRS yang memenangi 38 kerusi.
Warisan sudah kehilangan tiga kerusi DUN selepas pemergian Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik) dan Yusof Yacob (Sindumin).
Kedua-dua Mohamadin dan Hassan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyokong Hajiji manakala Yusof kekal sebagai wakil rakyat bebas yang mesra dengan
Peter juga menghadapi pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan kontrak penyelenggaraan sistem tujuh tahun lalu dan diarahkan oleh mahkamah sesyen Kuala Lumpur awal bulan ini untuk membela diri.