Polis Johor: Penunggang motosikal berbogel dalam video tular dicekup kerana bunuh wanita, bayi baru lahir
Seorang lelaki berbogel yang dilihat menunggang motosikal dalam pelbagai video dalam talian telah ditahan atas dakwaan pembunuhan seorang wanita berusia 26 tahun dan bayi berusia tiga bulan di Johor Baru awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan di Permas Jaya, kira-kira dua jam selepas laporan pembunuhan di sebuah rumah di Bakar Batu, Johor Baru.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Daerah bersama Ketua Polis Balai Permas Jaya berjaya mengesan suspek dan menahannya di Permas Jaya sekitar jam 2.45 petang.
“Suspek yang berbogel ketika ditahan adalah penunggang motosikal yang tular di media sosial,” kata Raub dalam satu kenyataan di sini.
Raub berkata, sebilah pisau pemotong daging turut dirampas daripada suspek bersama motosikal yang dilihat dalam video itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.