Thailand mahu semua pintu masuk sempadan darat Thai-Malaysia dibuka semula menjelang 1 Mei

Malaysia Post
2 min readMar 24, 2022

--

Dalam usaha untuk meningkatkan industri pelancongannya terutama di wilayah selatan, Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula semua pintu masuk sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.

Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata kementerian akan mencadangkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) untuk membuka semula lebih banyak pintu masuk antara kedua-dua negara.

“Kami merancang untuk membuka secara beransur-ansur pusat pemeriksaan lain di Narathiwat, Yala dan Satun yang menghubungkan Malaysia untuk mempromosikan pelancongan di wilayah Selatan. Kami menjangkakan semua pusat pemeriksaan Thai-Malaysia akan dibuka semula pada 1 Mei.

“Kementerian Pelancongan dan Sukan akan berkoordinasi dengan Kementerian Luar untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan sempadan bagi membendung penularan Covid-19,” katanya dipetik portal Inggeris, The Nation di sini hari ini.

Pada masa ini, Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Songkhla dibuka untuk pelancong yang memasuki kerajaan itu. Bagaimanapun, pusat Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bukit Kayu Hitam di sebelah Malaysia dijangka dibuka pada 1 April.

Juga, mulai 1 April, Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai dijadualkan untuk mengalu-alukan pelancong antarabangsa.

Pelancong Malaysia merupakan kumpulan terbesar pelawat ke kerajaan itu sebelum pandemik Covid-19. Pada 2019, Thailand merekodkan hampir 40 juta pelawat termasuk 4.1 juta pelancong Malaysia.

Semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand baru-baru ini pada 25 Februari, Malaysia dan Thailand pada dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan perjalanan bebas kuarantin melalui udara, darat dan laut melalui Vaccinated Travel Lane (VTL) dan skim Test & Go. .

Ismail Sabri berkata kementerian dan agensi berkaitan akan mengadakan perbincangan mengenai prosedur pembukaan semula sempadan bersama.

Malaysia bersedia untuk membuka semula sempadannya mulai 1 April kerana negara akan memasuki fasa “Peralihan ke Endemik” selepas mengambil kira beberapa faktor, menjalankan penilaian risiko yang diperlukan, mendapatkan nasihat daripada

--

--

Malaysia Post
Malaysia Post

Written by Malaysia Post

Sebaran berita terkini hanya untuk anda! Sumber berita terhangat and masa kini di dalam dan luar negara! Ikutilah kami TheMalaysiaPost : www.themalaysiapost.com

No responses yet