Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai (Ahad), menurut penolong setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
“Sebagai mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, atas perkenan Raja-Raja, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah jatuh pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.
“Oleh itu, Aidiladha (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di Malaysia adalah pada Ahad, 10 Julai 2022,” katanya dalam satu pengumuman yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. — Bernama